Isnin, 19 Mei 2014



Hati gembira bila melihat ternakan kita semakin elok tumbesarannya ,bebas daripada semua masaalah hanya wang bermain diminda .....namun untuk mencapai ketahap tersebut bukanlah mudah seperti kita bayangkan kerana ternakan kita memerlukan makanan yang berkhasiat seperti juga kita membesarkan anak kita .
berjenis -jenis makanan terdapat dimuka bumi ini cuma untuk mendapatkan sumber tersebut kita memerlukan sedikit pengorbanan daripada segi masa mahu pun wang ringgit ,semuanya memerlukan biaya.


                                                                         DEDAK

                                                                       RUMPUT NAPPIAR

Seekor lembu memerlukan makanan sekurang - kurangnya 20 kilogram sehari , cuba kita fikir sejenak sekiranya menggunakan makanan dedak ,harga dedak masa kini melambung naik daripada Rm 600- Rm 800. per/tan ini menyebabkan ketidak mampuan penternak untuk menampung kos bahan makanan tersebut
Kebiasaannya ramai penternak menanam sendiri Rumput Napiar atau mendapatkan daripada pembekal atau  pengedar,namun sekiranya dibeli juga melibat kos antara rm 150-rm 200.00 belum masuk transport.
ramai penternak mengambil keputusan untuk menanam sendiri apa yg menjadi masaalah keluasan tanah dan faktor cuaca .1 ekar tanah kurang lebih boleh mendapat hasil  4 ke 5 tan dalam tempoh paling cepat 21 hari selepas itu anda terpaksa pula membayar kos pekerja serta menyediakan mesin pemotong dan berbagai-bagai lagi semua menjadikan pertambahan kos dalam perternakan .

kami ada jalan penyelesaiannya .....kenapa mengapa BATANG JAGUNG KISAR SUNRISE jadi pilihan

 KANDUNGAN ATAU KEBAIKAN BATANG JAGUNG



Bahan Makanan

Bahan kering (%)

(%) Protein(%)

Tenaga Metabolisma (mj/kg

Kalsium(%)

Fosforus(%)

Rumput
Nappiar

18.4



         12.2



8



0.3






0.24




Batang jagung kisar

37.6

12.2

7.5

0.32

0.3

 BATANG JAGUNG KISAR SUNRISE SEAMASTER
  1. bekalan yang mencukupi untuk memenuhi permintaan pelanggan
  2. dikendalikan oleh tenaga mahir
  3. harga yang berpatutan
  4. bahan semulajadi 
  5. mampu bertahan 4-5 hari  selepas penghantaran  
  6. tiada bayaran kos penghantaran
  7. penghantaran terus ke ladang ternak
  8. hanya 30 sen sekilo gram terus ke ladang ternak
  9.  
                                                                      POKOK JAGUNG


                                               BATANG JAGUNG DIPROSES /DIKISAR
                                                 SALAH SEBUAH MESIN PENGISAR

                                             PROSES MENGGISAR BATANG JAGUNG
                   TERUS KEDALAM TRELLER ATAU PUN DI PACKING DALAM PLASTIK



                                                       RAMUAN DIJAMIN SELAMAT

                                                                 DICAMPUR GARAM

                              TERNAKAN ANDA SELAMAT ...........SEGERA DAPATKAN

                      CAL ; 019-349 1211  (WHATSAPP ) 010 -517 4045 bb pin 2AB71EA5
                                                     EMAIL : sunrisemaster20@gmail.com



MEMBEKAL MEMPROSES MAKANAN TERNAKAN MENGGUNAKAN BATANG JAGUNG

Jumaat, 16 Mei 2014

Syarikat Sunrise Seamaster merupakan sebuah syarikat Bumiputra yang beroperasi sebagai   pengeluar dan pembekal makanan ternakan seperti lembu dan kambing, syarikat  kami beroperasi di Pontian Johor Darul Takzim,Dengan menggunakan batang jagung kami hasilkan sebagai sumber makanan terbaik untuk ternakan anda yang mana batang jagung dikisar dan diadun untuk dijadikan sumber makanan lengkap dan terbaik masa kini tanpa mengeluarkan kos yang tinggi .

Untuk makluman pembaca atau penternak syarikat kami menawarkan harga yang cukup baik dan konpetetif dengan kemudahan penghantaran terus ke tapak ladang ternakan anda .Dengan kadar harga semurah 30 sen  sekilo makanan ternakan anda terus sampai ke ladang ternak dan  ternakan anda mendapat sumber makanan yang terbaik .
sebarang tempahan atau pesanan boleh terus menghubungi di talian 019-349 1211 atau 010 517 4045 atau boleh memesan tempahan dengan terus email kepada sunrisemaster20@gmail.com

Pemakanan
 Makanan untuk lembu fidlot boleh melibatkan sehingga 60–70 peratus daripada kos pengendaliannya. Dengan sebab itu perancangan yang teliti bagi memilih penggunaan bahan bahan makanannya adalah amat perlu.



  Keperluan Nutrien

Jenis jenis nutrien yang diperlukan dalam sumber makanan dan fungsinya terhadap kehidupan lembu adalah :


Nutrien Fungsi
Air Mengawal suhu badan,memindah nutrien lain ke dalam badan dan membantu dalam penglihatan dan pendengaran
Protein Membantu dalam pertumbuhan, pembiakan dan penggemukan
Karbohidrat Sumber tenaga utama bagi menjalankan semua aktiviti
Lemak Sebagai sumber tenaga dan membekalkan asid lemak tertentu
Galian Pembinaan tulang,gigi, otot dan sel-sel darah
Vitamin A- Membantu dalam penglihatan

D- Pencernaan kalsium dan fungsi proses pembiakan

E-Untuk menguatkan otot














Nutrien nutrien ini perlulah diberi dalam kadar yang seimbang dengan secukupnya kepada lembu bagi mendapatkan hasil pengeluaran yang maksima. Kekurangan salah satu daripada nutrien ini akan mengganggu tumbesaran normal lembu. Lembu fidlot memerlukan zat zat nutrien ini secukupnya setiap hari, daripada apa juga unsur bahan makanan yang digunakan. Zat zat nutrien tersebut perlu boleh dapati didalam bahan bahan yang terumus didalam rangsum makanan yang diberikan itu.

Nutrien nutrien dan jumlahnya, yang diperlukan didalam rangsum makanan lembu fidlot adalah seperti berikut :
Nutrien Keperluan
Zat Protein    Minima 14%
Tenaga Metabolisma  Minima 10.6 Mj/kg
Zat Galian Kalsium  Minima   0.65%
Zat Galian Fosforus Minima   0.45%
Garam Diantara  0.50- 1.0%
Vitamin A & D Minima 2200 dan 300 i.u/kg
Zat Serat  Minima 15%
Air Semahunya
 Jenis Bahan Makanan
Terdapat berbagai bagai jenis bahan makanan yang boleh digunakan untuk projek fidlot lembu. Umpamanya, foraj, silaj, bijirin dan bahan bahan sisa pertanian dan perindustrian. Diantaranya adalah seperti berikut :
Jenis Contoh
Foraj   Rumput segar, rumput kering, silaj
Bijirin   Jagung, dedak gandum, Corn gluten feed, sekoi
Bahan protein  Dedak soya, dedak kacang tanah, dedak kacang hijau
Bahan Sisa Pertanian Kelapa sawit  - Dedak isirong sawit, Enapcemar sawit, pelepah sawit
Padi   Dedak padi, beras hancur, jerami padi
Tebu Gula hitam (molas), Hampas tebu, pucuk tebu
Kelapa    Dedak kopra
Sisa dapur Lebihan nasi, kepala roti, kulit buahan
  batang Jagung    Batang jagung  (Dipotong, di silaj)
Ikan Ikan baja
Koko Lenggai koko
Rumbia Cip batang rumbia, Hampas sagu rumbia

  Jumlah Makanan
  Jumlah makanan yang diperlukan oleh seseekor lembu fidlot adalah bergantung kepada berat lembu semasa dan pada amnya mereka boleh memakan jumlah bahan kering makanan maksima bersamaan dengan 3.0% daripada berat badan lembu tersebut, bergantung kepada jenis makanan yang diberikan.

Di negara Tropika kita, dengan keadaan iklim dan jenis makanan yang ada, biasanya lembu lembu ini memakan sehingga kepada 2.5 – 2.8% sahaja. Ini bermakna apa jua jenis makanan yang diberikan lembu fidlot akan memakan bahan kering makanan diantara 4.0 kg sehari pada permulaannya, sehingga boleh mencapai kepada 8–9 kg sehari, apabila lembu telah mencapai berat 350 – 400 kg.

Pada peringkat akhir ini pertambahan berat badan hariannya sudah mula menurun dan pengambilan makanannya akan lebih rendah, iaitu hanya 2.5% sahaja daripada persamaan berat badannya sehari.
Lembu fidlot boleh diberikan makanannya sama ada secara 100% makanan lengkap (konsentrat), yang telah di rumus bagi mengandungi semua nutrien yang diperlukan, atau konsentrat biasa diberi bersama bahan serat seperti rumput, atau lain lain bahan sisa pertanian contohnya pelepah kelapa sawit yang diracik, jerami padi atau rumput peram / batang jagung diracik atau di jeruk (silage) untuk mendapatkan zat serat.

Walau apa pun kombinasi makanannya jumlah zat zat nutrien yang diperlukan bagi setiap peringkat pertumbesaran lembu perlulah diberi secukupnya setiap hari bagi menentukan kadar pertumbesaran yang tinggi.

Perlu diingatkan, pemberian makanan secara makanan lengkap sekali gus mestilah mengandungi kesemua zat zat yang dinyatakan, termasuk konsentrat, bahan serat, zat galian dan vitamin secukupnya. Kaedah ini disyorkan untuk projek fidlot berskala besar oleh kerana kesukaran mendapatkan unsur rumput atau serat.
Bagi kedua dua kaedah diatas kandungan serat didalam rangsum makanan mereka setiap hari perlu ditentukan terdapat tidak kurang daripada 15%.

Ruminan memerlukan serat setiap hari. Faedah serat kepada ternakan ini adalah seperti berikut :

1. Bakteria didalam rumen memerlukan serat bagi menukarkannya kepada zat tenaga, dan berbagai jenis Vitamin B.

2. Kadar pencernaan makanan akan lebih tinggi kerana dengan adanya serat yang cukup, perjalanan makanan didalam saluran penghadaman akan memakan masa yang lebih lama, bermakna makanan mempunyai lebih banyak masa berada didalam rumen untuk dicerna oleh bakteria.

3. Unsur Vitamin A & D boleh didapati dengan cukup daripada apa apa jua jenis bahan serat, tanpa perlu dicampur lagi dengan vitamin ini daripada unsur komersil. Vitamin A amat perlu untuk mengelakkan ternakan menjadi buta.
Jenis-jenis bahan makanan yang boleh didapati adalah berbeza beza dilain-lain persekitaran atau daerah di negara ini. Kosnya juga adalah berbeza daripada suatu tempat kepada suatu tempat yang lain, mengikut kawasan dimana bahan tersebut boleh didapati dengan banyak. Diantara contoh bahan-bahan makanan tersebut dan anggaran kandungan zat nutriennya adalah seperti ditunjukan di Jadual 4.
  

keperluan harian zat nutrien dan kemampuan pengambilan bahan kering makanan lembu fidlot :
 
Berat Lembu Kadar Tumbesaran (g/hari) Pemgambilan Bahan Kering (kg) Protein (kg) Tenaga Metabolisma (Mj) Kalsium (g) Fosforus (g) Vitamin A (i.u)
100 500 2.8 0.361 30.0 16 8 4200
150 500 4.0 0.476 39.4 18 11 6400
200 700 5.8 0.640 52.7 21 14 8500
250 700 6.3 0.718 61.2 23 17 10600
300 700 7.3 0.777 64.6 24 18 12700
350 800 7.4 0.811 73.3 26 19 12700
400 600 9.0 0.902 83.6 27 21 17000
450 600 9.5 0.898 91.3 28 22 19100
  
   menunjukan pelbagai jenis bahan makanan dan kandungan nutriennya :
 
Bahan Makanan Bahan kering (%) Protein(%) Tenaga Metabolisma (mj/kg) Kalsium(%) Fosforus(%)
Rumput Napier
18.4
12.2
8
0.3
0.24
R.Napier,silaj
30
6.6
7
0.25
0.3
Petai belalang
19.1
40.4
6.7
0.37
0.51
Jerami padi
98.8
6.7
4.9
0.1
0.1
Pucuk tebu
30.9
6.2
7.3
0.26
0.11
Hampas barli
25.4
26.6
7.5
0.67
0.53
Dedak gandum
88
14.4
11.2
0.2
0.68
Dedak sawit (Exp)
91.8
15.3
10.1
0.2
0.52
Dedak sawit (Sol.
88.2
16.8
10.3
0.21
0.61






Dedak soya
88.4
45.5
11.2
0.33
0.75
Dedak padi
91.6
12
9.03
0.1
0.49
Cip ubi kayu
88.2
2.4
13
0.2
0.1
Kepala bilis
34.6
54.7
5.18
4
0.43
Batang jagung    kisar
37.6
12.2
7.5
0.32
0.34
B. jagung, silaj
23.2
8.2
7.82
0.37
0.86
Hampas tauhu
15.5
30.4
11.90 0.41 0.32
Pelepah sawit
36.4
4.1
4.89 0.32 0.1
Enapcemar sawit
91.1
11.1
6.52 0.70 0.5
Beras hancur
89.1
11.2
11.78 0.03 0.43
Hampas sagu
14.7
2.4
11.11 0.19 0.04
Hampas tebu
45.9
2
6.93 0.10 0.03
Gula hitam
76.4
4.2
11.21 0.91 0.09
Najis ayam
85.6
24
8.32 5.16 1.11
  

  Rangsum Makanan Lembu Fidlot

Contoh kiraan suatu rangsum makanan untuk lembu fidlot adalah seperti ditunjukkan di Jadual 5 :

Seekor lembu fidlot, pada berat badan berat badan 200 kg, memerlukan,(rujuk Jadual 3), sebanyak 5.8 kg bahan kering makanan, 0.64 kg protein, 52.7 Mj tenaga metabolisma, dan tidak kurang daripada 15% atau 0.87 kg serat didalam rangsum makanan hariannya seperti contoh kiraan berikut :